E-Kelas Subjek Sains dan Matematik Minggu Ke 23

22 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2019 yang lepas, merupakan program eKelas (Live Toturial) Subjek Sains dan Matematik. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama Pusat Internet untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa Inggeris, Sains dan juga Matematik.

Murid/pelajar akan diajar oleh guru secara live mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan dalam bab/tajuk dalam sukatan pelajaran Malaysia. Minggu ini merupakan minggu ulangkaji bagi murid/pelajar yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Program berlangsung sekitar Jam 2 petang hingga 6 Petang, lambat dari jam yang sebenar berikutan ada program pada sebelah pagi. Peserta adalah seramai 3 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali