E-Kelas Subjek Sains Dan Matematik Minggu Ke 22

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019 yang lepas, merupakan program eKelas (Live Toturial) Subjek Sains dan Matematik. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama Pusat Internet untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa Inggeris, Sains dan juga Matematik.

Murid/pelajar akan diajar oleh guru secara live mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan dalam bab/tajuk dalam sukatan pelajaran Malaysia. Minggu ini merupakan minggu ulangkaji bagi murid/pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Program berlangsung sekitar Jam 10 petang hingga 6 Petang. Peserta adalah seramai 15 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk. Markah diberi setelah projek atau latihan dimuat turun oleh pelajar sendiri dalam portal masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali