E-Kelas Subjek Bahasa Inggeris Minggu Ke 22

14 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September 2019 yang lepas, merupakan program eKelas (Live Toturial) Subjek Bahasa Inggeris. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama Pusat Internet untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa Inggeris, Sains dan juga Matematik.

Murid/pelajar akan diajar oleh guru secara live mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan dalam bab/tajuk dalam sukatan pelajaran Malaysia. Minggu ini merupakan minggu ke 22 eKelas dan pelajar diajar mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Program berlangsung sekitar Jam 3 petang hingga 6 Petang. Peserta adalah seramai 16 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali