Program EKelas Maxis Subjek Bahasa Inggeris, Sains Dan Matematik untuk darjah 6 hingga Tingkatan 5

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 dan 9 Mac 2019 yang lepas, ialah eKelas (Live Toturial) Sains dan Matematik minggu keempat untuk penggal 1. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama pusat internet untuk mewujudkan pembelajaran secara digital kepada murid/pelajar yang memfokuskan tiga subjek utama iaitu, Bahasa English, Sains dan juga Matematik. Murid/pelajar akan diajar oleh guru secara live mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut garis panduan dalam bab/tajuk dalam sukatan pelajaran Malaysia.

Minggu ini para pelajar diajar sub topik yang menarik mengikut sukatan pembelajaran terkini masing-masing. Contoh, bagi pelajar tingkatan 3, Cikgu eKelas menjelaskan tentang struktur mata dan juga struktur telinga dengan terperinci kepada para peserta. Program berlangsung sekitar Jam 10.00 pagi hingga 6 Petang. Untuk dua hari berturut-turut, peserta adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk. Dalam setiap slot juga, para pelajar dikehendaki menyelesaikan latihan yang diberi oleh guru eKelas dalam masa yang ditetapkan. Markah diberi setelah latihan tersebut dimuat turun oleh pelajar sendiri dalam portal masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali