Program pengenalan eLearning (permainan menguji minda secara atas talian ) kepada murid
10 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2019 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan pgrogram KDB dan juga Advokasi di Bilik Latihan Pusat Internet Jerijeh. Program ini bertujuan sebagai nasihat kepada murid dan juga pelajar supaya sentiasa berhati-hati semasa berkongsi sesuatu di media sosial. Selain itu, kami juga telah memberi taklimat ringkas pengenalan kepada eLearning, iaitu daripada portal Uptoten.com yang menyajikan pelbagai permainan games yang bertujuan menguji minda anak-anak. Semua peserta yang hadir ramai mencuba permainan yang disajikan dalam portal.
Program yang berlangsung sekitar Jam 8.30 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit tayangan Advokasi E-waste. Sebarang pembuangan barang-barang elektronik digalakkan untuk dikumpulka di Pusat Internet terdekat.Selain itu, sebagai pengenalan kepada ICT, kami juga memberi taklimat ringkas berkenaan komponen-komponen asas komputer Program tamat pada sekitar pukul 12:30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: