Tayangan Advokasi & Kdb Sempena Bengkel Asas Pengurusan Rukun Tertangga Daerah Tanjung Manis
25 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada pagi 24 April 2019, Pusat Internet telah menerima kunjungan daripada pihak Pengurusan Rukun Tetangga bagian Sarikei. Kunjungan tersebut adalah berikutan Bengkel Asas Pengurusan Rukun Tetangga untuk ahli-ahli KRT Daerah Tanjung Manis. Bengkel ini dilaksanakan supaya dapat memberi sedikit sebanyak informasi kepada KRT berkenaan pengurusan dalam persatuan. Program berlangsung selama 4 jam. Dalam program itu juga pihak Jabatan Penerangan turut melaksanakan kerja dalam kumpulan untuk menambah pengetahuan dan tahap pengurusan ahli KRT. Program diakhiri dengan ucapan dan hadiah diberikan kepada peserta yang terlibat.
Program yang berlangsung sekitar Jam 9 pagi ini juga turut diselit tayangan ringkas mengenai Advokasi E-waste dan juga Klik Dengan Bijak. Program tamat pada sekitar pukul 1.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: