E-Kelas bagi subjek Bahasa Inggeris Darjah 6-Tingkatan 5
2 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2019 yang lepas, telah berlangsung e-Kelas (Live Toturial) bahasa Inggeris bagi minggu ketiga untuk penggal 1. Program ini adalah salah satu usaha Maxis dengan kerjasama pusat internet desa untuk mewujudkan pembelajaran secara digital serta memberi manfaat kepada murid/pelajar terutamanya dalam bidang pelajaran. Murid/pelajar akan diajar mengikut jadual yang telah ditetapkan dan mengikut bab/tajuk dalam sukatan pelajaran Malaysia. Minggu ini pelajar diajar cara untuk menghasilkan sebuah cerita pendek yang merangkumi 5 aspek struktur penceritaan iaitu Exposition. Raising Action, Climax, Falling Action dan Denouement.
Program berlangsung sekitar Jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.Diakhir pembelajaran, Cikgu eKelas turut memberi latihan kerja rumah untuk diselesaikan oleh para peserta. Dilihat para peserta begitu seronok untuk menyelesaikan latihan diberi dan latihan tersebut akan dinilai sendiri oleh guru eKelas dalam portal masing-masing. Peserta yang hadir adalah seramai 8 orang yang terdiri daripada pelajar SMK Belawai dan Murid Sk Abg buyuk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: