Tayangan KDB, Advokasi Dan Pengisian Permohonan UPU Bersama Pelajar Lepasan SPM 2018
04 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 April 2018 yang lepas, 6 peserta yang terdiri pelajar lepasan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SMK Belawai telah berkumpul dan berkunjung ke Pusat Internet untuk membuat pengisian permohonan UPU secara atas talian. Semua peserta yang hadir adalah belia dari kampung berdekatan. Kakitangan PI seterusnya memberi tunjuk ajar cara untuk pengisian dan memohon UPU secara atas talian. Memandangkan ini adalah kali pertama bagi mereka, para peserta meminta staf PI untuk turut membantu mereka dalam permohonan UPU masing-masing.
Staf PI juga memastikan mereka menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu dalam portal SEMAK.SYARAT UPU. Portal ini merupakan antara portal yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan calon SPM untuk menyemak syarat bidang yang boleh mereka ceburi di pengajian tinggi mereka nanti. Ini secara tidak langsung dapat memberikan mereka gambaran bidang mereka mengikut keputusan SPM masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: