Taklimat Keusahawanan Untuk Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
12 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari yang lepas, seramai 6 orang peserta yang terdiri belia-belia sekitar Tanjung Manis, Rajang, Belawai dan Jerijeh telah menghadiri Taklimat keusahawanan untuk Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia, Jerijeh. Program TUBE merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. Taklimat disampaikan sendiri oleh staf Pusat Internet Jerijeh.
Taklimat Advokasi juga diselit sebagai informasi tambahan kepada para peserta. Taklimat ringkas dan video berkaitan maklumat palsu ditayangkan semasa taklimat bagi memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan internet serta keselamatan pengguna oleh masyarakat pada hari ini. Pada akhir sesi taklimat, para peserta telah diberi tunjuk ajar cara untuk mengisi borang TUBE secara online. Taklimat kekeusahawanan ini diharap berupaya membantu mereka dan berguna untuk mereka mendirikan perniagaan sendiri pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: