Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - TTT) Advokasi bersama Pengurus Pusat Internet Kluster Tanjung Manis, Matu dan Daro
01 December 2018 | Aktiviti TerkiniPada 30 November 2018 yang lepas, telah diadakan Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - TTT) Advokasi bersama Semua Pengurus Pusat Internet dibawah Kluster Tanjung Manis, Matu dan Daro. TTT ini disampaikan oleh wakil ketua dan Penolong ketua kluster yang telah menghadiri Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - Ttt) Advokasi di Miri yang lepas. Antara agenda utama yang disampaikan adalah mengenai Modul Klik dan Bijak serta Advokasi. Objektif utama adalah untuk melatih staf PI untuk lebih faham dan memudahkan cara penyampaian kepada komuniti kelak selari dengan sasaran MCMC untuk mewujudkan pengguna internet yang berdisplin dan berkhemah.
Sehubungan itu, dengan kesempatan ini juga, Kluster Tanjung Manis, Matu dan Daro juga turut mengadakan Mesyuarat Quarter 4 2018 yang memberi penekanan kepada pelantikan dan agihan tugas serta pembentangan bajet bagi 2018. Mesyuarat ini juga memberi penekanan kepada ahli Kluster cara untuk mengendalikan kumpulan dan mengemaskini serta memaklumkan status dan aktiviti PI Kluster Sarawak bagi Quater 4 2018. Pelan perancangan untuk 2019 juga turut diutarakn terutamanya cadangan tempat menarik dan agihan tugas penghasilan video setiap bulan. Program tersebut telah berlangsung seperti yang dirancang dengan harapan objektif utama tercapai dan melahirkan komuniti yang bijak internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: