Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - Ttt) Advokasi, Miri Sarawak

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1-3 November 2018 yang lepas, iaitu selama 3 hari berturut-turut pihak MCMC telah mengadakan Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train The Trainer - Ttt) Advokasi Di Miri Sarawak. TTT kali ini dilakukan berdasarkan Klustering di Sarawak yang mana setiap Kluster Menarik Di perlu menghantar dua orang wakil (Ketua dan Penolong Kluster) yang telah dilantik dan diiktiraf oleh Service Provider yang menyelia masing-masing. Bagi pihak Menarik di Tanjung Manis, Matu & Daro, wakil merupakan pengurus PI Jerijeh, En Akbar Bin Saman dan pengurus PI Tanjung Manis selaku Penolong Kluster TMMD.

Program bersama MCMC ini memberi gambaran kepada wakil setiap Kluster cara untuk mengendalikan kumpulan dan juga aktiviti kluster masing-masing. Program yang berlangsung sekitar Jam 8 pagi dan berlangsung selama 8 jam sepanjang hari ini juga turut diselit Taklimat berkaitan Advokasi dan Klik Dengan Bijak sesuai dengan matlamat perjumpaan bersama MCMC tersebut. Setiap ahli Kluster harus memastikan waki boleh menjalankan TTT seterusnya kepada ahli-ahli dalam Kluster masing-masing kelak. Sempena TTT tersebut juga, pihak MCMC turut mengambil peluang mengadakan mesyuarat PI Kluster Sarawak Bil 2/2018 sebagai ruang untuk mengemaskini dan memaklumkan status dan aktiviti PI Kluster Sarawak bagi fasa 4.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali