Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi E-waste sempena Mesyuarat Persatuan Belia sempena Belawai 2018

21 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos lepas (Ahad), Persatuan Belia Kampung Belawai telah mengadakan mesyuarat sempena Pesta Belawai 2018. Mesyuarat tersebut disertai Seramai 12 peserta termasuk presiden Belia Belawai. Tujuan mereka menggunakan kemudahan Pusat Internet adalah untuk menggunakan fasiliti Pusat Internet seperti bIlik Latihan, Talian Internet dan juga LCD untuk kelancaran Pesta Belawai kelak. Pesa Belawai merupakan antara aktiviti tahunan di Kawasan Belawai dan amat penting bagi Belia Belawai yang merupakan toggak utama Program tersebut untuk melancarkan segala aktiviti yang bakal dijalankan

Pihak Pusat Internet juga mengambil peluang dengan menayangkan Video Klik Dengan Bijak dan juga Advokasi sebagai informasi tambahan kepada para peserta yang terlibat. Tayangan Klik Dengan Bijak diterapkan supaya memberi gambaran akan kesan buruk jika berkongsi berlebihan di laman sosial. Taklimat Advokasi adalah berkaitan dengan tajuk E-Waste yang mana menerangkan cara pelupusan peralatan elektronik yang berkhemah tanpa memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali