Hari Terbuka Dan Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Internet Jerijeh 2018

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka dan Ramah Tamah Aidilfitri Pusat Internet Jerijeh telah diadakan pada 14 Julai 2018 (Sabtu) yang lepas. Sekurang-kurangnya 103 pengunjung yang terdiri daripada Penghulu-penghulu sekitar Tanjung Mnais, Ketua-ketua Kampung, Ahli jawatankuasa KRT Kampung Jerijeh dan ahli PPWS kampung Jerijeh telah turut serta untuk memeriahkan majlis. Tujuan utama program Hari Terbuka ini adalah untuk mengeratkan perpaduan dan dapat menerapkan nilai-nilai murni kerana secara tidak langsung dapat memperkenalkan peranan Pusat internet Jerijeh sebagai salah satu pusat ILMU di Kampung Jerijeh.

Beberapa pertandingan juga turut dilaksanakan pada hari tersebut dan rata-rata nya mendapat sambutan baik daripada tetamu-tetamu jemputan. Antara aktiviti menarik yang dipertandingkan adalah seperti pertandingan SlideShow, Pertandingan menggubah bunga Tisu (Video Tutorial dari Youtube), Pertandingan Selfie/Welfie raya dan juga pertandingan Gerai Usahawan Tempatan. Hadiah dan cenderamata diagihkan kepada pemenang pada akhir majlis. Selain daripada itu, kakitangan Pusat Internet Jerijeh juga memberi taklimat ringkas Advokasi dan juga Klik Dengan Bijak kepada tetamuyang hadir sebagai informasi tambahan kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali