PI Maxis Conference 2018, Damai Beach Resort Kuching Sarawak

20 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada pagi 16-19 November 2018 yang lepas, semua staf Pusat Internet dibawah seliaan Maxis telah berkumpul sempena PI Maxis Conference 2018. Staf yang terlibat merupakan Pengerus dan juga Penolong Pengurus Pusat Internet NERA dan juga Sprintz Design dari seluruh pelosok Malaysia. Antara aktiviti yang berlangsung adalah seperti Explorace, Program bersama Skynet dan Pos Malaysia, Makan Malam serta perjumpaan bagi membincangkan perkara berkaitan kerja di Pusat Internet masing-masing.

Hari pertama merupakan hari perjalanan bagi semua staf ke damai Beach Resort. Malam nya kami diberi penjelasan ringkas berkenaan aktiviti keesokan harinya. Kemuadian Hari ke dua merupakan aktiviti Explorace. Kami telah dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan semua check point yang mengandungi beberapa teka teki dan juga aktiviti yang agak mencabar. Petang ny, kami telah disajikan dengan taklimat daripada wakil Skynet dan juga Pos loju berkenaan servis yang akan dimasukkan dalam operasi harian Pusat Internet.

Malamnya pula, merupakanperjumpaan mini bersama NERA. Beberapa anugerah telah dismapaikan bagi pemenang sepanjang tahun. Syukur kerana PI Jerijeh mendapat 2 anugerah iaitu anugerah Naib Johan PI tercantik sempena Hari Kemerdekaan serta Tempat ke-3 bagi anugerah Video Kemerdekaan Kategori Sekolah Rendah. Hari ke-3 pula merupak hari untuk berjalan-jalan dan menikmati keindahan bumi kenyalang. Kami telah dibawa ke Serikin dan juga Kampung Budaya Sarawak. 4 hari tersebut merupakan antara pengalaman yang tidak akan dilupakan dan telah digunakan sebaik mungkin bagi mengeratkan tali silaturrahim antara staf Pusat Internet. Kami berharap semoga aktiviti sebegini diadakan tiap tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali