Kursus (TTT ) Kejurulatihan Modul Asas ICT Media Sosial Bagi Pusat Internet, Sibu
15 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 12-14 Disember 2018 yang lepas, Pihak MCMC dengan kerjasama saripada JAKIM & JAIS Sarawak telah mengadakan Kursus TTT (trained the trainer) Kejurulatihan Modul Asas ICTMedia Sosial di RH Hotel, Sibu Sarawak. Seramai 24 orang peserta dari kalangan staf Pusat Internet dari Zon Sibu telah dijemput. Pihak MCMC telah menjemput sendiri Pensyarah dari MMU university untuk melatih para peserta sepanjang Kursus terbabit. Antara slot menarik sepanjang kursus adalah seperti Asas ICT dalam Facebook, Airdroid, Blog, Video Editing dan Instagram. Pensyarah jemputan turut melatih para peserta secara praktikal menggunakan laptop sendiri supaya para peserta lebih arif dan memahami sukatan kandungan kursus.
Tujuan TTT ini dilaksanakan adalah sebagai persediaan kepada Staf Pusat Internet yang terlibat untuk memberi tunjuk ajar terutamanya dengan membantu para peeserta dalam kalangan Jabatan Agama Islam dalam asas ICT. Pihak MCMC akan mencari 10 peserta untuk menjalani kursus Asas Ict yang dianjurkan di Pi yang berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: