Kelas Paint Murid SK Abg Buyuk Sempena Bulan Kemerdekaan

24 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos lepas (Rabu), pihak pusat Internet telah mengadakan Kelas Paint untuk murid dari Sk Abg Buyuk Jerijeh. Kali ini murid-murid yang hadir adalah sekitar 10 orang. Mereka telah diajar dan didedahkan cara penggunaan aplikasi paint. Oleh kerana bulan ini merupakan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-61, jadi pihak pusat internet memberi latihan untuk murid bagi mewarna dan menghias bendera jalur gemilang. Ini adalah bagi tujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri murid.

Pihak Pusat Internet juga mengambil peluang dengan menayangkan Video Klik Dengan Bijak dan juga Advokasi sebagai informasi tambahan kepada peserta yang terlibat. Tayangan Klik Dengan Bijak diterapkan supaya memberi gambaran akan kesan buruk jika berkongsi berlebihan di laman sosial. Taklimat Advokasi adalah berkaitan dengan tajuk E-Waste yang mana menerangkan cara pelupusan peralatan elektronik yang berkhemah tanpa memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali