Program Klik Dengan Bijak (KDB), Advokasi serta Kelas Asas Microsoft Excel Fasa II

12 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada pagi 11 November 2018, PI Jerijeh telah mengadakan Program KDB, Advokasi serta Kelas Asas Microsoft Office Excel kepada 3 peserta yang merupakan Belia dari kalangan penduduk tempatan yang sering berkunjung ke pusat Internet Jerijeh. Program dan Kelas ini adalah bertujuan untuk melatih mereka asas Microsoft Office Excel. Pada mulanya mereka agak kurang pengetahuan tentang Excel, tetapi setelah mencuba sendiri menggunakan Excel, mereka bertambah berminat dan tahu fungsi utama penggunaan Excel.

Sesi pembelajaran diakhiri dengan memberi contoh penyata kewangan ringkas yang dibina menggunkan Excel. Program yang berlangsung sekitar Jam 8 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Advokasi E-waste. Program ini disertakan juga dengan pengenalan kepada beberapa komponen komputer yang utama serta fungsi-fungsinya. Kelas tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali