Program KDB serta Advokasi E-waste sempena Hari Kecemerlangan Tadika Kemas 2018, Tanjung Manis 2018

05 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 November 2018 yang lepas, PI Jerijeh dengan kerjasama PI Tanjung Manis telah mengadakan Program KDB serta Advokasi E-Waste sempena Hari kecemerlangan tadika Kemas Peringkat Daerah Tanjung Manis 2018. Majlis Konvokesyen tadika Kemas ini dihadiri sekurang-kurangnya 300 peserta yang terdiri daripada kalangan ibubapa dan juga perniaga yang berniaga sekitar Dewan pentas Tanjung Manis. Program ini kami anjurkan adalah bertujuan memberi penjelasan yang terperinci akan cara pelupusan barangan elektronik terutamanya peranti telefon bimbit.

Kami telah memberi bebarapa helaian brochure KDB & Advokasi E-waste kepada yang hadir terutamanya kepada perniaga-perniga yang bertapak di sekitar dewan dan juga tetamu yang hadir. Rata-ratanya menyambut baik saranan daripada MCMC tersebut. Program yang berlangsung sekitar Jam 8 pagi dan berlangsung selama 5 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di Pusat Internet. Program tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali