Program KDB Serta Advokasi E-Waste

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2018 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan Program KDB serta Advokasi E-Waste kepada 3 peserta yang datang ke Pusat Internet Jerijeh bagi tujuan belajar mencipta emel sendiri dan media sosial sendiri iaitu facebook. Program ini juga adalah bertujuan memberi penjelasan akan penyalah gunaan media sosial dan juga kesan buruk nya kepada masyarakat. Kami telah memberi bebarapa helaian brochure KDB & Advokasi E-waste kepada yang hadir.

Program yang berlangsung sekitar Jam 8 pagi dan berlangsung selama 5 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di Pusat Internet. Program tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali