Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB), Advokasi & Kelas Smart ICT(Microsoft Office Word & Jadual Kelas)
04 Febuari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Febuari 2018 yang lepas, seramai 7 orang murid SK Abg Buyuk Jerijeh telah menghadiri kelas Smart ICT (Microsoft Office Word & Jadual kelas). Pengisian pada kelas yang diadakan adalah memberi pendedahan secara asas tentang cara menggunakan perisian Microsoft Office Word. Pada kelas ini juga, murid telah diajar tentang cara membuat jadual kelas dengan menghasilkan jadual menggunakan daya kreativit seseorang murid.
Disamping itu, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi juga turut diselitkan pada program ini yang mana taklmat ini adalah usaha pihak PI bagi memberi infomasi tentang penggunaan peralatan digital pada masa kini dan kesannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) yang disampaikan adalah berkaitan dengan tajuk Siber Grooming. ini adalah usaha pihak PI untuk memupuk disiplin dikalangan pengguna internet pada masa kini dan memberi pendedahan awal khususnya kepada murid sekolah. Sementara itu, taklimat Advokasi adalah berkaitan dengan tajuk E-Waste yang mana menerangkan cara pelupusan peralatan elektronik yang berkhemah tanpa memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: