Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi E-waste sempena Taklimat T&T dari Klinik Kesihatan Belawai
03 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos lepas (Khamis), Pihak Klinik Kesihatan Belawai telah mengadakan taklimat berkenaan tuntutan perjalanan Dalam Negeri melalui aplikasi HRMIS. Seramai 15 peserta termasuk 2 penceramah khas turut serta. Kesemua peserta adalah terdiri daripada kakitangan Klinik kesihatan dari Daerah Tanjung Manis. Tujuan mereka menggunakan kemudahan Pusat Internet adalah untuk menggunakan fasiliti Pusat Internet seperti bIlik Latihan, Talian Internet dan juga LCD untuk kegunaan penceramah yang di datangkan khas dari Mukah Sarawak.
Pihak Pusat Internet juga mengambil peluang dengan menayangkan Video Klik Dengan Bijak dan juga Advokasi sebagai informasi tambahan kepada para kakitangan Klinik yang terlibat. Tayangan Klik Dengan Bijak diterapkan supaya memberi gambaran akan kesan buruk jika berkongsi berlebihan di laman sosial. Taklimat Advokasi adalah berkaitan dengan tajuk E-Waste yang mana menerangkan cara pelupusan peralatan elektronik yang berkhemah tanpa memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: