Kelas Pengenalan Kepada Emel, Facebook Dan Website Kepada Penduduk Tempatan

09 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada pagi 8 November 2018 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan Kelas pengenalan Kepada Emel, Facebook dan juga Website kepada beberapa penduduk tempatan yang berkunjung ke pusat internet Jerijeh. Seramai 6 penduduk telah datang dan bertanya tentang cara mencipta akaun emel masing-masing. Kemudian mereka juga berminat untuk mencipta akaun favcembook setelah memahami kegunaan sebenar Facebook dalam kehidupan seharian sebagai perniaga. Kerana rata-rata daripada mereka juga menjual barang runcit sekitar Kampung Jerijeh.

Selain itu, staf pusat internet juga menjelaskan beberapa Website yang berguna untuk kegunaan mereka sebagai informasi tambahan. Program yang berlangsung sekitar Jam 9 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di Pusat Internet. Kelas tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali