Tayangan Klik Dengan Bijak (KDB), Advokasi dan menghias PI Sempena Kemerdekaan Malaysia ke-61

19 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17-18 Ogos lepas (Jumaat-Ahad), PI Jerijeh telah mengadakan tayangan Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Tayangan ini adalah untuk mendidik dan memupuk komuniti setempat tentang disiplin dalam penggunaan media digital serta tanggungjawab pengguna peralatan elektronik khasnya bagi peralatan digital yang menggunakan simkad. Pendedahan ini penting kerana rakyat pada masa ini perlu peka tentang kemajuan dan perlu tahu kesan pembawaan teknologi ini yang mana terdapat kesan baik dan buruknya yang boleh memberi kesan yang mendalam kepada kemujuan masyarakat kita.

Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke 61, Pihak Pusat Internet juga mengambil peluang dengan menayangkan cerita pendek dan drama yang berkaitan dengan kemerdekaan Malaysia. Dengan ini, secara langsung dapat menyemai sikap masyarakat yang cintakan negara dan menghargai kemerdekaan dan kemajuan yang kita perolehi sekarang. Selain itu, para peserta yang datang juga telah menghasilkan beberapa buah mercu tanda kemerdekaan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan-bahan terbuang mengikut daya kretiviti peserta yang hadir. Peserta yang hadir adalah terdiri daripa 14 murid sukarelawan dari SK Abg Buyuk Jerijeh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali