Program KDB serta Advokasi E-waste sempena Hari Memancing Cabaran Pesisiran Rajang 2018

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 December 2018 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan Program KDB serta Advokasi E-Waste sempena Hari Memancing Cabaran Pesisiran Rajang 2018. Program Hari Memancing ini dihadiri sekurang-kurangnya 300 penduduk yang terdiri daripada kalangan ibubapa dan juga perniaga yang berniaga sekitar Wharf Kampung Hulu Rajang. Program Advokasi ini kami anjurkan adalah bertujuan memberi penjelasan yang terperinci akan cara pelupusan barangan elektronik terutamanya peranti telefon bimbit.

Kami telah memberi bebarapa helaian brochure KDB & Advokasi E-waste kepada yang hadir terutamanya kepada perniaga-perniga yang bertapak di sekitar dan juga tetamu yang hadir. Rata-ratanya menyambut baik saranan daripada MCMC tersebut. Program yang berlangsung sekitar Jam 8 pagi dan berlangsung selama 8 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di Pusat Internet. Program tamat pada sekitar pukul 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali