Program Advokasi E-waste bersama murid SK Abg Buyuk Jerijeh

29 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Oktober 2018 yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan pusat pengumpulan barangan E-waste dan juga tayangan bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Jerijeh. Program ini memberi penjelasan yang terperinci akan cara pelupusan barangan elektronik terutamanya peranti telefon bimbit. Beberapa murid turut dating dan membawa barangan elektronik untuk di kitar semula Seramai 15 peserta turut serta dalam program ini.

Program yang berlangsung sekitar Jam 9 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di Pusat Internet. Program tamat pada sekitar pukul 12:00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali