Program E-Rezeki, Advokasi serta Klik Dengan Bijak (KDB) bersama peserta Daerah Tanjung Manis

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 October 2017 yang lepas, PI Meradong telah mengadakan program E-Rezeki dengan kerjasama PI Tanjung Manis dan PI Jerijeh bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Manis. Program ini memberi peluang kepada anggota komuniti bagi menceburi badang usahawan dalam talian sebagai perniagaan sampingan mereka. Peserta telah diberi bimbingan tentang cara menggunakan applikasi E-Rezeki untuk menjana pendapatan sendiri. Seramai 11 peserta turut serta dalam program ini.

Program yang berlangsung dari Jam 8 pagi dan berlangsung selama 5 jam ini juga turut diselit Taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Bagi tayangan video Check Your label pula, adalah satu pendekatan kepada umum tentang kaedah untuk memastikan peralatan elektronik tersebut adalah asli atau palsu. Sehubungan itu, tayangan video E-Waste turut dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan cara pelupusan peralatan elektronik dengan betul. Program ini disertakan juga dengan taklimat ringkas mengenai peranan dan kemudahan disediakan di pusat Internet. Program tamat pada sekitar pukul 1:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali