Kelas Belajar Komputer Dan Ict Bersama Murid Kpg Jerijeh
9 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 Julai 2018 yang lepas, seramai 12 orang murid dari SK Abg Buyuk Jerijeh telah menghadiri kelas Belajar Komputer dan ICT. Pengisian utama pada kelas yang diadakan adalah untuk memberi pelajaran asas tentang cara menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint. Pada kelas ini juga, murid telah diajar tentang cara membuat slide menarik menggunakan daya kreativiti masing-masing. Pembelajaran ini adalah bertujuan bagi mempersediakan mereka untuk pertandingan Slide Powerpoint yang akan diadakan untuk para murid akan dating.
Kelas dimulai dengan penerangan asas komponen computer dan kemudian asas powerpoint yang baik dan berkesan . Pada pemulaan Kelas, Kebanyakan murid masih pada tahap kurang pengetahuan tentang Microsoft office. Staf PI menerangkan satu persatu penggunaan elemen penting dalam Microsoft Office powerpoint yang menarik dan berkesan. Kemudian para peserta diberi peluang untuk menyediakan sendiri slide-slide mereka untuk memantapkan pengetahuan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: