Program Webinar Entreprenuership Training by Lazada (Collaboration between MCMC and Lazada)
20 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 19 Ogos 2017 yang lepas, seramai 7 usahawan yang terdiri daripada penduduk setempat telah menghadiri Program Webinar entrepreneurship training by Lazada. Program kali ini bertujuan untuk mendaftarkan semua usahawan yang terlibat dengan Program anjuran lazada secara atas talian. Program ini merupakan program untuk para usahawan bagi mengembangkan perniagaan masing-masing di samping mendapat nasihat daripada pihak Lazada secara langsung. Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan tayangan dari video Advokasi juga disertakan. Tujuan taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan internet.
Tayangan video Advokasi yang disertakan adalah berjudul E-waste dan juga Check Your Label E-waste adalah bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga alam sekitar termasuklah cara untuk membuang sisa elektronik. Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai agar memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Mereka juga turut diingatkan supaya berhati-hati memberikan maklumat peribadi mereka ke laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: