Program Sehari Bersama Usahawan Tnjung Manis anjuran SME CORP Malaysia
18 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2017 yang lepas, Staf Pusat Internet Jerijeh dan tanjung Manis telah menyertai Program Keushawanan yang telah dianjur oleh pihak SME Corps Malaysia. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan usahawan-usahawan yang berpotensi di sekitar Tanjung Manis, Belawai, jerijeh dan juga Rajang.
Program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk yang kebanyakannya usahawan dan juga peniaga-peniaga kecil. Antara agensi-agensi yang terlibat ialah SME Bank, MITI, BNM dan juga pihak SEDC. Agensi-agensi yang terlibat ingin membuka ruang kepada usahawan tempatan bagi memperluas perniagaan disamping memberi bantuan kepada para perniaga dalam aspek kewangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: