Program Keusahawanan & Pemasaran Secara Atas Talian
07 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 hingga 6 ogos 2017 yang lepas, Pihak NERA telah menjemput beberapa penceramah yang terdiri daripada pensyarah UITM Samarahan, Kuching bagi membimbing staf Pusat Internet Jerijeh dalam Program Keusahawanan Atas Talian. Program ini diadakan di Bandar Sibu dan 10 PI terlibat iaitu terdiri daripada PI Sibujaya, Jerijeh, Bawang Assan, Spaoh, Tanjung Manis, Daro, PPR Seduan Panjang, Meradong, Kpg Bandong dan juga Semop.
Program ini dilaksanakan adalah untuk membimbing para kakitangan pusat internet dalam usaha untuk meningkatkan bilangan usahawan bumiputera. Dalam modul yang disediakan, 3 modul yang penting adalah modul pengenalan kepada Asas Perakaunan, Pengurusan Operasi, dan Pengurusan Pemasaran. Setiap modul ini menjadi titik asas untuk membina perniagaan sendiri. Diakhir program untuk fasa 1 ini, semua staf PI diberi tugasan untuk menyediakan Rancangan perniagaan sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: