Program KBD (Tayangan Video Maklumat Palsu) Advokasi ( Tayangan Video Check Your Label, E-waste Bersama Penduduk Kampung Jerijeh
03 December 2017 | Aktiviti TerkiniPada 2 December 2017 yang lepas, Wakil Mary Kay iaitu Jassie Meimei (Sales director) dan 3 Beuty Consultant Mary Kay telah berkunjung dan mengadakan demonstrasi solekan khas untuk penduduk sekitar Pusat Internet 1 Malaysia Jerijeh. PI Jerijeh mengambil peluang ini dan menayangkan video KDB dan Advokasi untuk memberi infomasi cara menggunakan internet dengan betul dan keselamatan bagi pemilihan peralatan elektronik yang sepatutnya serta penggunaan peralatan elektronik secara berkhemah.
Pada program ini, tayangan video mengenai Klik Dengan Bijak (MaklumatPalsu) diselitkan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Bagi tayangan video Check Your label pula, adalah satu pendekatan kepada umum tentang kaedah untuk memastikan peralatan elektronik tersebut adalah asli atau palsu. Sehubungan itu, tayangan video E-Waste dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan cara pelupusan peralatan elektronik dengan betul. Program ini disertakan dengan taklimat ringkas mengenai peranan Pusat Internet secara keseluruhannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: