Taklimat KDB bersama murid SK Abg Gesa Belawai di Makmal Komputer Sk Abg Gesa Belawai
18 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2017 yang lepas, seramai 85 orang peserta telah menghadiri taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan pengenalan mengenai Pusat Internet yang telah diadakan di Makmal Komputer Sk Abg Gesa Belawai. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PI. Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak turut disertakan dalam taklimat yang diadakan bagi memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini.
Disamping itu, permainan juga diselit untuk memberi contoh kepada muruid-murid akan bahayanya mempercayai berita palsu daripada media sosial. Pendedahan tersebut diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap bahaya teknologi pada masa kini. Mereka juga turut diingatkan oleh para guru supaya berhati-hati memberikan maklumat peribadi mereka ke laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: