Program Keusahawanan Bersama Penduduk Kampung Jerijeh
03 December 2017 | Aktiviti TerkiniPada 2 December 2017 yang lepas, Wakil Beuty Consultant Mary Kay iaitu Sales Director dari Bintulu Puan Jassie Meimei dan 3 Beuty Consultant Mary Kay telah mengadakan demonstrasi solekan khas untuk komuniti sekitar Kampung Jerijehdi Pusat Internet 1 Malaysia Jerijeh. PI Jerijeh mengambil peluang ini memberi taklimat Keusahawanan kepada para peserta. Para peserta terdiri daripada komuniti sekitar Kampung Jerijeh. Puan Jassie Meimei daripada Team Mary Kay turut berkongsi kisah kejayaan beliau dalam bidang perniagaan sejak mula berkecimpung dalam bidang perniagaan ini dan sekaligus membuka peluang kepada peserta yang hadir untuk memberanikan diri menceburi bidang perniagaan.
Pada program ini, tayangan video mengenai Klik Dengan Bijak (MaklumatPalsu) diselitkan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Bagi tayangan video Check Your label pula, adalah satu pendekatan kepada umum tentang kaedah untuk memastikan peralatan elektronik tersebut adalah asli atau palsu. Sehubungan itu, tayangan video E-Waste dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan cara pelupusan peralatan elektronik dengan berkhemah. Program ini disertakan dengan taklimat ringkas mengenai peranan Pusat Internet secara keseluruhannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: