Program KBD (Tayangan Video Maklumat Palsu) dan Maklumat Palsu) Advokasi (Tayangan Video Check Your Label, E-waste Bersama Belia Daerah Tanjung Manis
10 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 September 2017 yang lepas, Belia Daerah Tanjung Manis telah mengadakan mesyuarat Mesyuarat Pengelola Bil.2 sempena Karnival Belia peringkat Daerah Tanjung Manis 2017. PI Jerijeh mengambil peluang ini untuk membuat tayangan video KDB dan Advokasi untuk memberi infomasi cara menggunakan internet dengan betul dan keselamatan bagi pemilihan peralatan elektronik yang sepatutnya serta penggunaan peralatan elektronik secara berkhemah.
Pada program ini, tayangan video mengenai Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) diselitkan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih. Bagi tayangan video Check Your label pula, adalah satu pendekatan kepada umum tentang kaedah untuk memastikan peralatan elektronik tersebut adalah asli atau palsu. Sehubungan itu, tayangan video E-Waste dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan cara pelupusan peralatan elektronik dengan betul dan mengikut spesifikasi yang sebenarnya. Program ini disertakan dengan taklimat ringkas mengenai peranan Pusat Internet secara keseluruhannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: